Kelas Asas ICT & Microsoft Word

14 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT dan Microsoft Word ini telah diadakan pada hari Ahad, 13 Januari 2019. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari cara mencari gambar di internet menggunakan enjin carian Google. Disamping itu, mereka juga mempelajari cara memuat turun gambar dari internet dan menyimpannya di dalam komputer.

Selepas itu, mereka mempelajari cara untuk membuat Jadual Waktu Kelas bagi Sesi Persekolahan 2019 yang cantik dan menarik menggunakan Microsoft Word. Mereka turut diajar cara untuk memasukkan gambar yang telah dimuat turun dari internet ke dalam Microsoft Word.
Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 6 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali